KUALA LUMPUR 21 Ogos – Para pemain industri diminta supaya memperkukuhkan hala tuju dan membuat persediaan bagi menghadapi pasaran yang dinamik pada masa hadapan terutama impak daripada perang dagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, ini kerana kebanyakan pemain industri berada dalam kitaran perniagaan dan margin pula bersandarkan kepada kuasa pasaran. Katanya, dengan…










