JAGUH lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin berpotensi memenangi pingat pada Sukan Asia 2018 di Jakarta dan Palembang, Indonesia berdasarkan carta ranking 100 terbaik dunia dalam acara itu untuk tahun ini. Catatan tahunan terbaik Irfan, 23, untuk tahun 2018 ialah 60.77 meter (m) dilakukan pada Kejohanan Gala Olahraga Merksem di Antwerp, Belgium awal bulan lalu. Berdasarkan catatan tersebut, Irfan berada pada kedudukan keempat terbaik Asia, sekali gus memberikan bayangan pemenang…










