KUCHING – Seorang pelatih Pulapol ditahan polis di Pulapol Puncak Borneo di sini selepas disyaki terbabit dalam cubaan bunuh di Kelantan Mac lalu. Menurut sumber, suspek berusia 20-an ditahan pukul 2.30 petang tadi sebelum dibawa ke Kota Bharu, Kelantan menaiki pesawat pukul 5.25 petang. “Suspek baru menjalani latihan di Puncak Borneo enam minggu lalu,” katanya ketika ditemui di sini sebentar tadi. Suspek disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971…