KOTA KINABALU – Seorang pelancong wanita dipercayai warganegara China berkelakuan tidak sopan dengan hanya memakai seluar dalam di sekitar premis Asia City di sini hari ini. Kejadian yang tular menerusi aplikasi WhatsApp itu memperlihatkan wanita terbabit berjalan bersama seorang lelaki dengan hanya memakai baju dan pakaian dalam berkenaan. Menurut sumber yang hanya ingin dikenali sebagai Joseph, rata-rata orang awam terkejut dengan kelakuan pelancong tersebut. “Pada ketika itu, saya sedang makan…










