Pelaksanaan UEC, usaha kompromi Dasar Pendidikan Kebangsaan - Utusan Malaysia

Pelaksanaan UEC, usaha kompromi Dasar Pendidikan Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR 4 Ogos – Pelaksanaan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) disifatkan sebagai usaha pihak-pihak tertentu untuk berkompromi dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, sehubungan itu pelaksanaannya perlu dikaji secara mendalam kerana tidak mahu dasar yang terbukti menyatupadukan rakyat selama ini terjejas.

Beliau menegaskan, apa sahaja yang dilakukan kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) haruslah untuk menyatupadukan rakyat dan bukan sebaliknya.

“Saya tidak melihat pelaksanaan UEC ke arah itu (menyatupadukan rakyat). Kalau kita mempunyai sistem pendidikan yang berbeza-beza, bagaimanakah hendak mewujudkan bangsa yang bersatu-padu,” soalnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Persidangan Perwakilan Tahunan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) negeri ini di Alor Tampang, Beseri, di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Presiden PVATM, Datuk Shahruddin Omar dan Yang Dipertua PVATM negeri, Datuk Idrus Kassim.

Terdahulu pada majlis tersebut, Azlan turut menyematkan Pingat Setia Sentiasa Berjuang kepada para veteran.

Azlan seterusnya menegaskan, tiada mana-mana negara di dunia ini yang bersikap toleransi terhadap rakyat berbilang kaum melainkan di Malaysia.

Katanya, ini terbukti apabila kerajaan sebelum ini melaksanakan sistem pendidikan menerusi pembinaan sekolah berasaskan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN