Pelajar tidak sangka, menang sebuah pacuan empat roda - Utusan Malaysia

Pelajar tidak sangka, menang sebuah pacuan empat roda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 4 Ogos – Seorang pelajar universiti swasta terkejut memenangi sebuah pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux pada Cabutan Tempatan BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) di sini hari ini.

Menurut penuntut di Heriot Watt University Malaysia, Alvin Poh Junren, 21, dia pada mulanya tidak menyangka mempunyai BSN SSP yang diberikan oleh pihak Yayasan Sarawak kepadanya sekitar empat bulan lalu.

“Saya sangat terkejut ketika menerima panggilan yang memaklumkan telah memenangi kenderaan ini.

“Justeru itu, kepada pelajar-pelajar lain yang mempunyai BSN SSP diminta menyimpan sijil itu dan mana tahu nanti mereka pun boleh memenagi hadiahh lain termasuk wang berjumlah RM1 juta,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sarawak di sini hari ini.

Pada majls itu, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah menyerahkan replika Cabutan Tempatan itu kepada Alvin. 

Sementara itu, Pengarah BSN Sarawak, Sharulnahar Jaafar memberitahu, BSN telah memperkenalkan pelbagai produk seperti SSP sebagai sebuah bank yang diberi mandat kerajaan untuk menggalakkan masyarakat terutama golongan muda untuk menyimpan.

“Sehingga Mei lalu, BSN SSP terus mendapat sambutan memberangsangkan dengan lebih 3.1 juta penyimpan bersama simpanan lebih RM3.32 bilion dicatatkan di seluruh negara.

“Bagi cabutan tempatan, kita telah mengetahui pemenang pada Februari dan Mei lalu dan kini tinggal dua bulan lagi iaitu Ogos dan November untuk para penyimpan BSN SSP memenangi ganjaran hebat,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN