KOTA BHARU 30 Ogos – Seorang pelajar perempuan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Penambang maut digilis lori di Jalan Pantai Cahaya Bulan, di sini, petang semalam. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.20 petang itu, motosikal jenis Yamaha Y150ZR yang ditunggang oleh mangsa, Nur Wardiah Syahirah Mustafa, 14, hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah Perodua Viva yang terletak di bahu jalan. Akibat perlanggaran itu, mangsa yang datang dari arah Jalan Pantai…










