UTAH – Pihak polis ‘menahan’ sebuah patung yang digunakan untuk menakutkan pemandu di jalan raya bandar ini. Jabatan Polis Daerah Lone Peak dalam satu status Facebooknya memberitahu, patung bersaiz manusia itu dipakaikan pakaian yang lengkap seperti seorang lelaki dan diletakkan di tepi Jalan Alpine. Patung yang digelar Fred oleh pihak polis itu disyaki diletakkan oleh sekumpulan remaja. Mereka mengesyaki suspek yang berbuat demikian menyorok berdekatan jalan raya untuk melihat reaksi…










