TAYANGAN filem berjudul Paskal sememangnya antara yang dinantikan umum selepas pihak penerbit mendedahkan filem yang mengangkat kisah perjuangan anggota elit, Pasukan Khas Laut (Paskal), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu bakal menelan belanja kira-kira RM10 juta. Lebih menarik, filem terbitan Asia Tropical Films itu merupakan inspirasi daripada kisah benar yang mengetengahkan kejayaan pasukan elit tersebut dalam melaksanakan Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Angola pada tahun 1998. Bukan itu…