Pasangan kahwin lari dipaksa minum air kencing - Utusan Malaysia

Pasangan kahwin lari dipaksa minum air kencing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADHYA PRADESH, India – Sepasang suami isteri muda yang berkahwin tanpa persetujuan keluarga bukan sahaja dibogel, dibelasah malah dipaksa minum air kencing baru-baru ini.

Dalam kejadian tersebut, lelaki berusia 23 tahun itu diikat pada sebatang tiang, manakala isterinya, 21, pula dibogelkan separuh badan sebelum dipaksa minum air kencing di sebuah perkampungan di Alirajpur di sini.

Pasangan itu yang membesar dan tinggal di perkampungan sama dipercayai mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan keluarga perempuan pada Mei lalu.

Berikutan perkahwinan tanpa izin itu, pasangan tersebut diculik dan dihukum kerana dianggap menjatuhkan maruah keluarga.

Menurut beberapa akhbar tempatan, pengantin lelaki cuba meredakan keadaan dengan menyerahkan dowri (hantaran perkahwinan) berupa dua ekor kambing dan wang tunai 70,000 rupee (RM4,170), namun keluarga perempuan menyifatkan pemberian itu tidak memadai.

“Beberapa ahli keluarga perempuan itu mendakwa mereka terpaksa bertindak kejam untuk membalas dendam terhadap pasangan itu yang telah menjatuhkan maruah keluarga mereka,” kata seorang pegawai polis tempatan, Vikas Kapis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN