KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendirian kerajaan untuk tetap mengutamakan penggunaan Bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi negara. Beliau, bagaimanapun berkata, dalam keadaan tertentu terjemahan ke dalam bahasa lain seperti Bahasa Inggeris perlu dibuat bagi memberi penjelasan kepada mana-mana orang asing yang turut berada dalam sesuatu majlis rasmi itu. “Perlembagaan kita telah memenuhi segala kehendak berkenaan perlindungan bahasa kebangsaan tetapi ada kalanya terjemahan dibuat dalam…










