KUALA LUMPUR – Kira-kira 41,800 penerima ditamatkan bantuan kebajikan Jabatan Kebajikan Masyarakat antara Januari hingga Jun tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri D.r Wan Azizah Wan Ismail. Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, ia disebabkan pelbagai faktor seperti meninggal dunia iaitu sebanyak 11,874 kes; tukar skim bantuan lain (4,242 kes); tidak memenuhi kriteria kelayakan (4,090 kes) dan berpindah ke luar daerah (3,132 kes). Sebanyak…










