Pacu Khazanah di landasan betul - Utusan Malaysia

Pacu Khazanah di landasan betul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Ogos – Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa pelantikannya sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) merupakan antara langkah untuk ‘mengubah’ syarikat milik kerajaan (GLC) itu bagi menumpukan kepada isu-isu tertentu.

Perdana Menteri berkata, banyak perkara yang diketahuinya dan sebelum ini, beliau juga pernah terlibat dalam pengurusan syarikat itu.

“Malah, saya yang memulakan Khazanah dan kini mahu memacu pada landasan yang betul.

“Apa salahnya dengan lantikan saya, bukannya saya menjadi Ketua Pegawai Eksekutif, saya tidak akan menerima bayaran RM7 juta,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH di bangunan Parlimen, hari ini.

Baru-baru ini, pelantikan lima ahli lembaga pengarah Khazanah baharu termasuk Dr. Mahathir sebagai pengerusi dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai pengarah mendapat kritikan ramai sehingga ada yang menyifatkannya sebagai bertentangan dengan manifesto PH untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Manifesto berkenaan ada menyebut bahawa PH akan memastikan pelantikan ahli lembaga pengarah ke dalam GLC nasional dan negeri adalah dari kalangan profesional dan bukannya berdasarkan kaitan politik mereka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN