Ozil tiada kaitan isu perkauman - Utusan Malaysia

Ozil tiada kaitan isu perkauman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH 1 Ogos – Ketua Eksekutif Bayern Mu­nich, Karl-Heinz Rummenigge berkata, sebarang isu berkaitan dengan Mesut Ozil tiada kena mengena dengan perkauman, dan mendakwa komen ejen bintang Arsenal itu tidak benar serta membangkitkan kemarahannya.

Terdapat beberapa isu yang dibangkitkan sejak Ozil mengumumkan pesaraan dari pentas bola sepak antarabangsa, awal bulan ini, selepas dia mengeluarkan kenyataan yang turut mengandungi kritikan yang dilemparkan selepas pemain itu bertemu dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Ozil yang berketurunan Turki telah menuduh penaja, media Jerman dan Presiden Persekutuan Bola Sepak Jerman (DFB), Reinhard Grindel kerana menjadikannya sebagai kambing hitam selepas Die Mannschaft tersingkir seawal saingan kumpulan pada Piala Dunia 2018.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perancang berusia 29 tahun itu, yang memiliki 92 cap bersama Jerman, mendakwa layanan yang diterimanya mempunyai unsur perkauman apabila dia percaya latar belakangnya yang berketurunan Turki menyebabkan dirinya tidak dilayan secara adil dan dihormati.

Bagaimanapun, Rummenigge menafikan tuduhan daripada pemenang Piala Dunia 2014 itu dan berkata, kenyataan yang dibuat oleh ejen Ozil, Dr. Erkut Sokut tidak benar sama sekali.

“Dia dikritik bukan disebabkan dia berbangsa Turki. Itu semua cerita yang sengaja direka-reka oleh penasihatnya. Tuduhan tersebut ternyata telah membangkitkan kemarahan saya.

“Perunding berkenaan telah mengeluarkan pelbagai kenyataan dan dia juga ditemubual. Ini semua cerita yang sengaja direka,” kata Rummenigge dalam temubual bersama SPORT BILD.

Sokut sebelum ini terlibat dalam perang mulut dengan seorang lagi ahli pengurusan tertinggi Bayern iaitu presiden Uli Hoeness yang didakwanya telah mengeluarkan kenyataan bodoh berhubung pengumuman pesaraan Ozil. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×