KOTA BHARU 26 Ogos – Selepas 675 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu di Jalan Kelochor, di sini dibuka semula, Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) diserbu orang ramai yang ingin membeli borang permohonan kediaman tersebut. Tinjauan Utusan Online mendapati, ratusan orang ramai berpusu-pusu masuk ke Pejabat SUK di Kompleks Kota Darulnaim, di sini sejak awal pagi dan sanggup berbaris panjang semata-mata mahu membeli borang tersebut di…










