GUA MUSANG – Masyarakat Orang Asli yang membuat sekatan di laluan balak Kampung Kaleg, Pos Tohoi di sini mendakwa halangan yang dibuat mereka dirobohkan lebih 50 lelaki semalam. Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK), Mustafa Along berkata, kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu berlaku ketika dia sedang berbincang bersama 50 lagi masyarakat Orang Asli di kawasan berkenaan sebelum dikejutkan dengan kehadiran sekumpulan lelaki yang berlagak samseng. Katanya, mereka terkejut…










