SEREMBAN 15 Ogos – “Syarikat kami sentiasa menitikberatkan soal keselamatan semasa kerja-kerja penyelenggaraan dilaksana. “Ini berkaitan nyawa manusia. Bukan sahaja keselamatan pemandu perlu diutamakan dan diberi perhatian, tetapi juga pekerja,”. Demikian ditegaskan seorang pekerja kontraktor yang hanya mahu dikenali sebagai Razali ketika ditemui Utusan Malaysia di tapak selenggara jalan di Seremban 2, Negeri Sembilan di sini. Beliau berkata, kemalangan dapat dielakkan sekiranya kontraktor mematuhi peraturan dan pemandu pula tidak terburu-buru…










