WELLINGTON 15 Ogos – Parlimen New Zealand hari ini meluluskan undang-undang melarang warga asing bukan residen membeli rumah yang sedia ada, sekali gus melengkapkan janji kempen pilihan raya kerajaan parti Buruh. Menteri Kewangan Bersekutu, David Parker berkata, keputusan itu merupakan peristiwa penting yang menunjukkan komitmen kerajaan untuk memastikan impian rakyat negara ini memiliki rumah menjadi kenyataan. Pemilikan rumah oleh warga asing di negara ini menerima kecaman hebat sejak beberapa tahun…










