PUTRAJAYA – Negara kaya seharusnya mempunyai rakyat yang punya kuasa beli yang meningkat, bukan hanya kadar gaji atau upah yang tinggi, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau berkata, walaupun gaji atau upah dinaikkan hingga 10 atau 25 peratus, namun ia tidak mendatangkan apa-apa kebaikan jika peningkatan itu disusuli dengan kenaikan kos sara hidup. “Tiada makna jika gaji kita lebih tetapi daya beli kita sama dengan sebelum gaji kita…










