Nasib berbeza Selangor, TFC I - Utusan Malaysia

Nasib berbeza Selangor, TFC I

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAJAT Selangor untuk membuka tirai Piala Malaysia 2018 dengan langkah kanan di gelanggang keramat tidak kesampaian selepas tumbang 0-3 kepada pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) di Stadium Shah Alam malam tadi.

Taktik pasukan bimbingan Abu Bakar Fadzim mengasak benteng pertahanan skuad Gergasi Merah berjaya membuahkan hasil apabila kapten, Mohamad Hafiz Ramdan menjaringkan gol pertama pada minit ke-23 sebelum Fandi Ahmad Irfan meletakkan kedudukan selesa pada minit ke-30.

Pemain pertahanan kelab yang berpangkalan di Ipoh itu, Ritus Krjauklis memastikan PKNP FC mengutip tiga mata dalam aksi pertama Kumpulan D apabila meledak gol ketiga pada minit ke-61.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, Terengganu Football Club I (TFC I) berada dalam kelas tersendiri apabila membelasah Kuala Lumpur 5-1 pada aksi Kumpulan A.

Kapten skuad Penyu, Kipre Tchetche muncul sebagai wira skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim apabila mencipta hatrik (min-25, min-55 dan min-72) selain Lee Tuck dan Igor Zonjic masing-masing meledak satu gol pada minit ke-44 dan 64.

Gol sagu hati Kuala Lumpur pula hadir menerusi Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak pada minit ke-85.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan D, Pahang terikat 1-1 dengan Sabah di Kuantan, manakala Felcra FC pula seri tanpa jaringan menentang Perak pada aksi Kumpulan A di Ipoh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×