KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan perintah larangan bagi menghalang media dan orang awam daripada melaporkan mengenai merit kes bagi kesemua pertuduhan yang dihadapinya. Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali membuat keputusan itu selepas tujuh jam mendengar hujahan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan hujahan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria. Ketika membuat…