MUAR – Seorang pemandu lori maut dan tiga orang cedera parah dalam kemalangan melibatkan sebuah lori dan bas Harapan Johor di Kampung Temiang, Jalan Salleh, Pagoh kira-kira pukul 8.45 pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Idris Rejab berkata, pemandu lori berusia 53 tahun yang dikenali sebagai Nordin Kosnon mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia ketika dibawa ke unit kecemasan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar.
“Tiga orang mengalami kecederaan parah dan 11 orang mengalami kecederaan ringgan kini mendapat rawatan di hospital yang sama,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Idris berkata, siasatan awal polis mempercayai bahawa bas dari arah Muar ke Pagoh itu masuk ke arah bertentangan sebelum bertembung dengan lori yang datang dari arah Pagoh.
“Kes ini disiasat di bawah seksyen 4(1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – Bernama











