DHAKA 16 Ogos – Bangladesh tidak merancang untuk mengasimilasi lebih 700,000 pelarian Rohingya yang kini menetap di kem-kem pelarian di negara ini selepas mereka melarikan diri dari Rakhine susulan tindakan keganasan oleh tentera Myanmar pada Ogos tahun lalu. Ditambah dengan 300,000 lagi yang telah menetap di negara ini lebih awal, jumlah keseluruhan pelarian Rohingya sudah mencecah lebih sejuta. Menteri Muda Hal Ehwal Luar, Shahriar Alam dalam satu temu bual bersama portal berita Al-Jazeera memaklumkan, Bangladesh merupakan satu daripada negara yang memiliki jumlah penduduk paling padat di dunia, sekali gus tidak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya