Musim panas paling hangat - Utusan Malaysia

Musim panas paling hangat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Negara-negara beriklim empat musim yang kini sedang menghadapi musim panas berdepan dengan cabaran yang agak berbeza.

Fenomena gelombang haba yang berlaku di kebanyakan negara hemisfera utara itu mencetuskan suhu panas yang luar biasa.

Jepun dan negara-negara Eropah seperti Britain, Jerman, Belgium, Sweden, Greece serta Perancis merupakan negara yang terkesan dengan fenomena yang dikatakan berpunca daripada perubahan iklim dunia itu.

Jepun misalnya mencatatkan suhu terpanas dalam sejarah negara tersebut iaitu 41.1 darjah Celsius yang direkodkan di Kumagaya iaitu di wilayah Saitama.

Rata-rata bandar di Jepun juga mencatatkan suhu sehingga 38 darjah Celsius. Ia jauh berbeza daripada suhu kelaziman musim panas mereka iaitu 25.2 darjah Celsius.

Gelombang haba juga dilaporkan telah meragut sekurang-kurangnya 86 nyawa di Jepun.

Britain pula mencatatkan suhu terpanas tahun ini pada paras 33.3 darjah Celsius.

Ia dijangka mencatatkan rekod suhu terpanas paling panjang di negara itu dalam tempoh 42 tahun.

Di Greece, kejadian kebakaran berlaku di kebanyakan tempat sehingga mengorbankan 80 orang.

Kejadian kebakaran hutan juga dilaporkan berlaku di Sweden dan Jerman.

Bagi menghadapi suhu panas ekstrem itu, orang ramai yang kurang serasi dengan cuaca panas seperti itu kelihatan berpayung.

Kawasan-kawasan seperti tasik, kolam dan air pancuran menjadi tumpuan mereka untuk melegakan kepanasan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN