PUTRAJAYA – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman bersama rombongannya telah selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada pukul 6.45 petang semalam. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, rombongan Musa Aman yang tiba dari Seletar, Singapura itu telah menjalani pemeriksaan. Walaubagaimanapun, Musa Aman tidak dapat hadir ke kaunter pemeriksaan imigresen atas sebab kesihatan. “Dokumen semua penumpang pesawat ini telah diperiksa dan direkodkan…










