KOTA BHARU 30 Ogos – Sekolah Kebangsaan (SK) Dewan Beta di sini menunjukkan semangat patriotik sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini dengan menghasilkan Jalur Gemilang sepanjang 61 meter. Lebih istimewa, Jalur Gemilang itu dicat sendiri oleh 40 murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dengan dibantu 13 guru. Guru Besar sekolah tersebut, Sharuddin Mohamad berkata, proses untuk menghasilkan Jalur Gemilang itu mengambil masa kira-kira dua minggu dengan kos keseluruhan RM600. “Kerja-kerja…










