KUALA LUMPUR 4 Ogos – Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun maut apabila basikal dinaiki berlanggar dengan sebuah lori sampah di Jalan Kampung Padang Balang, Sentul, di sini petang ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang tersebut, mangsa, Mohammad Haekal Rizal Abdullah yang juga murid Sekolah Rendah Taman Koperasi Polis Fasa 2,Batu Caves mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan maut di tempat kejadian. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT)…










