Morata kekal di Stamford Bridge - Utusan Malaysia

Morata kekal di Stamford Bridge

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 4 Ogos – Alvaro Morata mengesahkan dirinya kekal bersama Chelsea apabila kelabnya itu memberi sokongan dengan baik kepadanya pada musim lalu.

Penyerang bernilai 58 juta pound bakal beraksi menentang Manchester City dalam perlawanan Perisai Komuniti kini berjaya menyesuaikan diri dengan baik selepas setahun berada di England.

Isterinya, Alice selamat melahirkan sepasang kembar iaitu Alessandro dan Leonardo pada Ahad lalu dan keluarganya bakal berpindah ke rumah yang lebih besar berdekat di ibu pejabat Chelsea, Cobham.

“Pada hari pertama pra musim saya bercakap kepada Pengarah Chelsea, Marina Granovskaia dan pengurus dan berkata saya mahu kekal di Chelsea.

“Mereka memberitahu;’Kami menaruh keyakinan tinggi terhadap anda dan kami memang mahukan anda terus kekal. Jadi semuanya berlaku dengan sempurna.

“Semua orang mahu saya meninggalkan Stamford Bridge dengan mengatakan saya tidak gembira di London namun itu tidak benar. Sekarang saya sudah berpindah ke rumah lain yang lebih besar dan dekat dengan Cobham.

“Isteri saya sangat gembira. Apabila semua orang bercakap mengenai kemungkinan saya akan tinggalkan Chelsea kerana saya mencari rumah baharu. Jadi, cakap-cakap mengenai perkara ini sudah tiada dan saya tidak sabar menunggu pertemuan menentang City,” katanya.

Pemain berusia 25 tahun itu turut menukar nombor jersi daripada sembilan kepada 29 sempena tarikh kelahiran anak kembarnya dan mensasarkan untuk merampas Kasut Emas Liga Perdana Inggeris (EPL) daripada Harry Kane selepas penyerang Tottenham Hotspur itu memenangi pada musim lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN