Mohd. Shafie dan isteri ziarah jenazah Mahadzir - Utusan Malaysia

Mohd. Shafie dan isteri ziarah jenazah Mahadzir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 3 Ogos – Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tiba di Unit Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1 di sini bagi menziarahi jenazah pengacara popular Datuk Mahadzir Lokman yang ditemukan meninggal dunia di sebuah hotel di Tanjung Aru pagi ini.

Turut menemani beliau adalah isterinya, Datin Seri Shuryani Shuaib.

Mohd. Shafie dan isteri yang tiba pada pukul 1.55 petang meluangkan masa kira-kira setengah jam sebelum meninggalkan bangunan hospital.

Terdahulu pada kira-kira pukul 9.30 pagi ini, Mahadzir ditemukan tidak sedarkan diri di biliknya di hotel berkenaan oleh rakan-rakannya sebelum disahkan meninggal dunia oleh pakar perubatan.

Allahyarham berada di Sabah sejak Selasa lalu untuk menghadiri beberapa program termasuk yang dijadualkan pada malam ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN