Modul baharu kursus kahwin - Utusan Malaysia

Modul baharu kursus kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mewujudkan modul baharu untuk kursus perkahwinan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh (gambar kecil).

Beliau berkata, modul baharu tersebut akan lebih komprehensif berbanding dengan modul sedia ada.

“Modul baharu ini terma­suklah mengenai tanggungjawab suami isteri, komunikasi yang lebih baik antara kedua pihak supaya dapat mewujudkan persefahaman yang lebih baik, bukan sekadar mengenai apa itu perkahwinan, rukun perkahwinan dan perkara sah perkahwinan,

“Modul baharu untuk kursus perkahwinan ini kita rasa perlu dilaksanakan kerana modul perkahwinan yang sedia ada, orang hadiri cuma untuk dapatkan sijil yang melayakkan untuk berkahwin,” katanya kepada pemberita selepas Program Dialog Wanita Kelantan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN