SIBU – Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, beliau secara peribadi akan memantau projek Lebuh Raya Pan Borneo yang sedang dalam pembinaan. Beliau berkata, itu adalah komitmennya untuk memastikan projek mega meliputi Sarawak dan Sabah itu dilaksanakan dengan jayanya dan mengikut jadual. “Buat permulaan, saya merancang untuk melakukan lawatan ke tapak-tapak pembinaan dari Telok Melano (Lundu), Kuching ke Miri di bahagian Sarawak bersama-sama dengan pegawai kementerian bagi fasa pertama pembinaan.…