KUALA LUMPUR 26 Ogos – Menteri Luar Sri Lanka, Tilak Marapana akan membuat lawatan rasmi ke Malaysia esok yang turut dijadualkan bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, kunjungan Marapana turut diiringi pegawai-pegawai kanan dari kementeriannya. Jelas kenyataan itu lagi, selain bertemu Timbalan Perdana Menteri, Marapana juga dijangka bertemu dengan rakan sejawatnya, Datuk Saifuddin Abdullah. “Ini merupakan lawatan rasmi…










