SAUDARA PENGARANG, BAGI memastikan kehebatan dan ‘ego’ terserlah, pastinya seseorang itu akan cuba menonjolkan atau mempamerkan kebolehan diri sendiri. Orang jenis ini akan cuba meletakkan diri mereka sebagai ‘pakar’ dalam sesuatu bidang. Sejak kebelakangan ini ramai yang berpendapat bahawa selagi sendiri tahu ‘lebih sedikit daripada orang lain’ sudah cukup untuk mengangkat dan memanggil diri sebagai seorang ‘pakar’. Maksud perkataan ‘pakar’ yang diterapkan dalam minda dan fahaman umum sekarang telah melemaskan…










