MELAKA – Kerajaan negeri Melaka sedang mengkaji pelaksanaan ‘Hari Tanpa Kenderaan’ di zon tertentu yang sesak, sekurang-kurangnya sebulan sekali dalam usaha mengurangkan jumlah kenderaan pada waktu puncak. Ketua Menteri Adly Zahari berkata inisiatif itu bertujuan mengurangkan kesesakan trafik dan menggalakkan penumpang berjalan kaki, berbasikal atau memilih pengangkutan awam sebagai alternatif sekali gus mengurangkan kadar pelepasan karbon monoksida di negeri ini. “Usaha ini secara tidak langsung dapat memupuk amalan gaya hidup…










