KUALA TERENGGANU 6 Ogos -Seorang mekanik maut setelah kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya dihempap sebatang pokok dalam kejadian di satu selekoh, sempadan Kampung Sungai Ikan dan Gemuroh dekat sini petang ini.
![]() |
|
MANGSA, Razak Husin
|
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang semasa hujan lebat, mangsa, Razak Husin,48,tersepit dalam kenderaan yang remuk itu, dan orang ramai membantu memotong pokok besar yang tumbang itu bagi mengeluarkannya.
Bagaimanapun mangsa yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di tempat kejadian.
Memuatkan artikel berkaitan…
Bapa kepada lima orang anak itu yang mengusahakan bengkel membaik pulih lori dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Sungai Ikan untuk menjemput anaknya pulang dari sekolah.-UTUSAN ONLINE












