MCA guna lambang sendiri pada PRK Balakong - Utusan Malaysia

MCA guna lambang sendiri pada PRK Balakong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – MCA akan menggunakan lambangnya sendiri pada pilihan raya kecil Balakong, 8 September ini, kata presiden partinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Pusat di sini hari ini, yang disokong oleh anggota akar umbinya dan ia selari dengan matlamat parti untuk membawa pembaharuan dan penyesuaian dengan landskap baharu politik kini.

“Kami membuat keputusan akan mengguna logo sendiri pada pilihan raya kecil ini.

“MCA akan mengambil pendirian politik yang baharu untuk menghadapi pengundi dan membuang keseluruhan cara politik lamanya, untuk berdiri sendiri,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat di Wisma MCA di sini.

“Ini akan menjadi kali pertama dalam sejarah 44 tahun dalam Barisan Nasional, parti tidak menggunakan lambang dacing berwarna biru dan putih untuk bertanding. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN