SHAH ALAM 29 Ogos – Dalam usaha untuk memudahkan urusan pembayaran, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memperkenalkan kaedah bayaran menerusi aplikasi dalam telefon mudah alih, SnapNPay. Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd. Saad berkata, pembayaran menggunakan aplikasi SnapNPay itu merupakan kerjasama antara pihaknya dan Bank Islam (M) Berhad (BIMB). “Aplikasi ini adalah yang pertama seumpamanya dibangunkan dan MBSA menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di negara ini menggunakannya.…









