MBSA anjur Program Kayuhan Kemerdekaan Ahad ini - Utusan Malaysia

MBSA anjur Program Kayuhan Kemerdekaan Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengajak orang ramai untuk menghadiri Program Kayuhan Kemerdekaan yang akan berlangsung di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14 , di sini Ahad ini.

SHAHRIN AHMAD
SHAHRIN

Ketua Bahagian Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat MBSA, Shahrin Ahmad berkata, program tersebut diadakan bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan Ke-61 pada 31 Ogos ini yang mana program kayuhan tersebut melibatkan jarak sejauh 15 kilometer.

“Kita jangkakan seramai 400 peserta akan menyertai program kayuhan itu melibatkan jarak sejauh 15 kilometer meliputi kawasan di sekitar bandar raya Shah Alam.

“Program ini juga selaras dengan hala tuju MBSA mempromosi bandar raya Shah Alam sebagai bandar raya rendah karbon menjelang 2030 selain memupuk kesedaran dalam kalangan komuniti bandar raya ini untuk memulihara alam sekitar dan gaya hidup sihat, ” katanya, di sini hari ini.

Tambah Shahrin, program kayuhan berkenaan adalah sebahagian daripada Porgram Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan bertemakan ‘Sambutan Hari Kemerdekaan’ anjuran MBSA.

Pada masa sama, pelbagai aktiviti lain turut diadakan sempena program itu antaranya acara berjalan kaki, zumba, persembahan pentas oleh kombo MBSA, cabutan bertuah, karnival food truck, pemeriksaan kesihatan percuma dan sebagainya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN