DUNGUN 12 Ogos – Tanda tanya tentang satu kawasan yang seakan baharu ditimbus dalam hutan kecil mendorong seorang pemuda untuk menggalinya pagi ini, dan jawapan yang ditemukannya ialah mayat seorang bayi lelaki. Mayat bayi malang itu ditemukan oleh Jafmi Mohd, 32, kira-kira pukul 7.30 pagi yang secara kebetulan melalui kawasan itu untuk memasuki gudang milik kakaknya di kawasan perindustrian Santong, dekat sini kerana pintu hadapannya berkunci. “Saya pelik tengok ada…










