SEMPORNA 16 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup keluar kira-kira 350 liter petrol di kawasan perairan Kampung Sri Aman, di sini semalam. Pengarah Zon Maritim Semporna, Leftenan Komander Maritim Amiludin Yenggah berkata, ia susulan daripada penahanan sebuah bot laju tanpa nombor pendaftaran di lokasi berkenaan kira-kira pukul 11.30 pagi. Juragan bot tersebut bagaimanapun gagal ditahan apabila berjaya meloloskan diri dengan terjun ke laut dan melarikan…









