KOTA BHARU – Mayat seorang lelaki dengan kesan tetakan yang ditemukan di belakang sebuah rumah di Kampung Baru, Bukit Tuku, Pasir Mas, Isnin lepas dipercayai diserang dengan senjata tajam di tempat lain. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, mangsa yang berusia 28 tahun dikatakan diserang tiga lelaki dengan senjata tajam di hadapan sebuah kedai mencuci kereta di Kampung Batu Karang kira-kira tiga kilometer dari tempat mayatnya…










