TEMASYA 1974 di Tehran mencatat sejarah apabila teknologi sukan digunakan secara meluas, namun bagi rakyat Malaysia edisi ketujuh temasya lebih dikenang dengan kejayaan skuad bola sepak pulang bersama pingat gangsa. Membariskan ramai bintang seperti Datuk Mokhtar Dahari, Datuk R. Arumugam, Datuk Santokh Singh, Datuk Soh Chin Aun dan Datuk Shukor Salleh, Malaysia menumpaskan Korea Utara 2-1 dalam penentuan gangsa, berterima kasih kepada dua gol Isa Bakar. Ini adalah gangsa kedua…










