JAKARTA 30 Ogos – Peluang skuad hoki negara untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 secara automatik semakin cerah selepas menundukkan India 7-6 menerusi penentuan penalti di separuh akhir Sukan Asia 2018, sebentar tadi. Perlawanan di Padang Hoki Gelora Bung Karno, di sini terpaksa diheret ke penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam aksi sebenar. India berada di hadapan menerusi jaringan sudut penalti Harmanpreet Singh pada minit ke-32 sebelum…










