PUTRAJAYA 29 Ogos – Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC) akan membuat kajian sama ada sistem first past the post atau majoriti mudah masih bersesuaian untuk diteruskan sebagai sistem pilihan raya di negara ini. Pengerusi ERC, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkata, pihaknya menerima banyak aduan bahawa sistem majoriti mudah mempunyai pelbagai kelemahan serta tidak lagi adil berbanding sistem-sistem lain yang dipraktikkan di negara-negara maju. “Sistem…










