UNIVERSITI Sains Islam Malaysia (USIM) dipilih oleh Kementerian Pendidikan dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebagai tuan rumah Majlis Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) Peringkat Kebangsaan Kali Kesembilan Tahun 2018. Majlis pentauliahan yang berlangsung di Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini menyaksikan seramai 862 pelajar instusi pengajian tinggi (IPT) ditauliahkan sebagai Pegawai Muda berpangkat Leftenan Muda. Bertemakan “Merakyatkan Pertahanan Awam”, pentauliahan ini melibatkan penyertaan dari 19 IPT awam…










