Majlis Belia Malaysia hantar sukarelawan ke Pulau Lombok - Utusan Malaysia

Majlis Belia Malaysia hantar sukarelawan ke Pulau Lombok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini menghantar seorang sukarewalan, Ibnu Rasyeed Mat Isa ke Pulau Lombok, Indonesia bagi menjayakan Misi Kemanusiaan Belia Malaysia – Lombok ekoran bencana gempa bumi yang melanda Pulau itu pada Ahad lalu.

Ibnu Rasyeed akan menyertai dua lagi sukarelawan MBM yang telah berada di kawasan bencana bagi memberi bantuan awal serta meninjau bentuk bantuan yang akan disampaikan kepada para mangsa.

Ahmad Saparudin Yusup
Ahmad Saparudin Yusup

Setiausaha Agung MBM, Ahmad Saparudin Yusup berkata, melalui Komuniti Sukarelawan MBM (MyVOC), Ibnu Rasyeed dihantar ke pulau itu dengan tumpuan fokus misi untuk memberikan bantuan psikologi dalam menangani trauma yang dialami mangsa terutamanya golongan wanita dan kanak-kanak.
 
“Sukarelawan MyVOC ini akan berlepas ke sana petang ini dan akan pulang sehingga Ahad ini dengan membawa juga sedikit bantuan bernilai RM5,000.

“Misi bantuan ini sebagai tanda penghargaan MBM kepada rakan-rakan belia, penduduk Lombok dan kerajaan Indonesia yang banyak membantu kita membawa pulang  jenazah pendaki negara, Allahyarhamah Siti Nur Ismawida Ismail yang merupakan salah seorang Exco MBM untuk  Program 1 Belia 1 Kemahiran,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini, hari ini.
 
Ahmad Saparudin berkata, MBM masih memerlukan sumbangan daripada orang ramai bagi membantu para mangsa gempa bumi di Pulau itu yang akan segera disalurkan  ke sana.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank 564025403782 atas nama Tabung Kemanusiaan Majlis Belia Malaysia atau menghubungi talian 03 91732761/63 – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN