KUALA LUMPUR – Personaliti televisyen dan pengacara tersohor, Datuk Mahadzir Lokman ditemui meninggal dunia di sebuah bilik di Hotel Shangri-La di Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah semalam. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pihaknya menerima maklumat tersebut pada pukul 11 pagi daripada pihak hotel tempat Mahadzir menginap. Menurut beliau, Mahadzir mendaftar masuk ke hotel berkenaan pada 31 Julai lalu atas urusan kerja sebelum disahkan meninggal dunia…










