Macai politik bukan ditujukan kepada persatuan belia - Utusan Malaysia

Macai politik bukan ditujukan kepada persatuan belia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 3 Ogos – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (gambar) menjelaskan, perkataan macai politik yang disebutnya dalam Dewan Rakyat semalam bukan ditujukan kepada semua persatuan belia dan ahli-ah­linya.

Beliau berkata, kenyataan itu ha­nya ditujukan ke­pada segelintir pi­­hak khususnya pimpinan persa­tuan belia terbabit.

“Saya akui akan peranan besar yang dilaksanakan oleh pertubuhan belia dan yakin masih banyak pertubuhan serta ahli akar umbi yang mendukung agenda perjuangan belia.

“Kepada mereka, saya ucapkan terima kasih dan persatuan belia seumpama ini akan terus diangkat dan diraikan. Pintu pejabat saya juga sentiasa terbuka untuk belia di peringkat akar umbi datang berbincang tentang segala aspek berkaitan pembangunan belia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan Syed Saddiq semalam yang menyamakan persatuan belia dengan macai politik telah mendapat kritikan pelbagai pihak daripada penyokong kerajaan dan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan tuduhan tersebut.

Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata, pihaknya juga akan memberikan nafas baharu kepada persatuan belia dengan melaksanakan satu rombakan dan pembaharuan secara komprehensif.

Katanya, antara cadangan tersebut ialah dengan melaksa­na­kan proses neutralisasi iaitu tidak membenarkan persatuan belia diterajui oleh mana-mana pemimpin parti politik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN