LOMBOK 19 Ogos – Pulau Lombok sekali lagi digegar gempa bumi berukuran 6.3 skala Richter hari ini iaitu dua minggu selepas lebih 480 orang maut akibat bencana yang sama. Gempa terbaharu itu berpusat di Lombok Timur dengan tahap kedalaman tujuh kilometer, selain boleh dirasai di seluruh kawasan pulau. Namun, gempa tersebut disifatkan tidak terlalu kuat berbanding sebelum ini dan tiada sebarang laporan mengenai kemusnahan atau kematian diterima setakat ini. Jurucakap…










