JAKARTA 23 Ogos – Lokasi pusat hiburan di Jakarta Selatan yang mendapat jolokan sebagai Little Jepun di kawasan Blok M sunyi, selepas insiden atlet Jepun dihantar pulang setelah didapati melanggan pelacur tempoh hari. TEMPO.CO melaporkan, biasanya sekitar pukul 11 malam lokasi berkenaan yang terdapat deretan pusat karaoke dan bar itu akan sesak dengan pengunjung, namun kini situasi itu berbeza dengan hanya beberapa buah restoran sahaja yang masih dibuka. Selain sambutan…










